Sayidina Abu Bakar r.a
telah membahagikan golongan ahli ibadah kepada 3 dan setiap golongan itu ada tandanya yang boleh dikenali.


GolonganPertama:
Mereka yang menyembah Allah kerana takut.

antara tanda golongan ini ialah:

  • sentiasa mencela dirinya
  • merasakan amalannya sedikit
  • merasakan kejahatannya banyak

Golongan kedua : Mereka yang menyembah Allal SWT kerana mengharapkan rahmah.

antara tanda golongan ini ialah;

  • Menjadi ikutan manusia dari segala segi
  • Terlalu murah hati di kalangan manusia dan zuhud kepada dunia
  • Terlalu sangka baik dengan Allah dan kepada semua makhluk

Golongan ketiga: Mereka yang menyembah Allah kerana kasih
antara tanda golongan ini ialah:

  • Memberi apa yang disukai dan tidak menghiraukan selainNya melainkan setelah diredhai Allah.
  • Melakukan pekara yang tidak disukai oleh nafsu dan tidak menghiraukan melainkan setelah mendapat keredhaan Allah.
  • Dalam semua keadaan dia bersama dengan pemimpinnya (Allah) sama ada pada suruhan atau pada laranganNya.

0 comments:

Post a Comment