SEPULUH PEKARA DAPAT MENOLAK 10 PEKARA

  • Al Fatihah dapat menolak kemurkaan Allah SWT
  • Yasin dapat menolak kehausan akhirat
  • Ad Dukhan dapat menolak kelam kabut hari kiamat
  • Al Waqi'ah dapat menolak kemiskinan
  • Al Mulk dapat menoklak siksa kubur
  • Al Kauthar dapat menolak kezaliman musuh
  • Al Kafirun dapat menolak mati yang buruk
  • Al Ikhlas dapat menolak kemunafikan
  • Al Falaq dapat menolak hasad dengki
  • An Nas dapat menolak hasutan syaitan



Nasihat Abu Laith al-Samarqandi


sesiapa yang duduk di dalam majlis ilmu walaupun tidak berupaya memahami ilmu dia tetap akan memperoleh 7 kebaikan:

  1. Mendapat fadilat orang yang belajar
  2. Terpelihara dirinya daripada dosa
  3. Turun rahmat ke atasnya semenjak dia keluar dari rumah
  4. Apabila rahmat yang turun kepada ahli ilmu dia juga akan memperolehinya
  5. Ditulis baginya kebaikan selama mana dia mendengar pengajian
  6. Apabila terasa sedih di hatinya kerana kelemahannya dalam memahami ilmu, jadilah kesedihan tersebut sebagai penghubung kehadrat Allah SWT.
  7. Dia melihat kemulian orang alim dan kehinaan orang-orang fasiq. Maka cenderung tabiatnya kepada ilmu dan enggan hatinya kepada kefasiqan.

sekadar gambar hiasan: anda tidak digalakkan tidur didalam majlis ilmu...




Sayidina Abu Bakar r.a
telah membahagikan golongan ahli ibadah kepada 3 dan setiap golongan itu ada tandanya yang boleh dikenali.


GolonganPertama:
Mereka yang menyembah Allah kerana takut.

antara tanda golongan ini ialah:

  • sentiasa mencela dirinya
  • merasakan amalannya sedikit
  • merasakan kejahatannya banyak

Golongan kedua : Mereka yang menyembah Allal SWT kerana mengharapkan rahmah.

antara tanda golongan ini ialah;

  • Menjadi ikutan manusia dari segala segi
  • Terlalu murah hati di kalangan manusia dan zuhud kepada dunia
  • Terlalu sangka baik dengan Allah dan kepada semua makhluk

Golongan ketiga: Mereka yang menyembah Allah kerana kasih
antara tanda golongan ini ialah:

  • Memberi apa yang disukai dan tidak menghiraukan selainNya melainkan setelah diredhai Allah.
  • Melakukan pekara yang tidak disukai oleh nafsu dan tidak menghiraukan melainkan setelah mendapat keredhaan Allah.
  • Dalam semua keadaan dia bersama dengan pemimpinnya (Allah) sama ada pada suruhan atau pada laranganNya.