Nasihat Abu Laith al-Samarqandi
sesiapa yang duduk di dalam majlis ilmu walaupun tidak berupaya memahami ilmu dia tetap akan memperoleh 7 kebaikan:
- Mendapat fadilat orang yang belajar
- Terpelihara dirinya daripada dosa
- Turun rahmat ke atasnya semenjak dia keluar dari rumah
- Apabila rahmat yang turun kepada ahli ilmu dia juga akan memperolehinya
- Ditulis baginya kebaikan selama mana dia mendengar pengajian

- Apabila terasa sedih di hatinya kerana kelemahannya dalam memahami ilmu, jadilah kesedihan tersebut sebagai penghubung kehadrat Allah SWT.
- Dia melihat kemulian orang alim dan kehinaan orang-orang fasiq. Maka cenderung tabiatnya kepada ilmu dan enggan hatinya kepada kefasiqan.
sekadar gambar hiasan: anda tidak digalakkan tidur didalam majlis ilmu...